๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐ค๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐ฎ๐๐ญ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ฎ ๐๐ข๐ง๐๐ง๐
5 Februari 2025 (Rabu).-.Alhamdulillah, Pagi ini, pihak Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kunjungan ini disambut mesra oleh Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki bin Othman di Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.



Objektif kunjungan ini adalah untuk memperkukuh jalinan kerjasama dalam usaha dakwah serta memperkenalkan kaedah penyampaian dakwah kepada non-Muslim melalui kaeadah A.S.A.R.A-P.K. Dalam sesi ini, pihak HCF turut dihadiri oleh Tuan Haji Noli, Ketua Jabatan Operasi HCF HQ, yang datang dari Kuala Lumpur untuk berkongsi kaedah dan pendekatan HCF dalam menyantuni masyarakat bukan Islam.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sahibus Samahah dan pihak Jabatan Mufti atas kesudian menerima kunjungan ini.
Semoga pertemuan ini diberkati Allah dan membuahkan hasil yang bermanfaat untuk dakwah dan kebaikan ummah. Ameen.