PROGRAM KUNJUNG HORMAT BERJUMPA IMAM BESAR MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1, KUANTAN.
Tarikh :31 DISEMBER 2024 (SELASA) JAM: 10.00AM
Rombongan HCF Pahang diketuai oleh Tn. Hj Abdul Karim Awang Kecik dan disertai oleh Dato’ Hashim b Wahab, Dato’ Safiah, Pn. Rosinayati dan Sdr Sharafi. Tujuan program ini adalah untuk kunjugan hormat dan membincangkan beberapa program anjuran bersama antara HCF Pahang dengan pihak Masjid Negeri bagi tahun 2025.


Alhamdulillah, program ini telah berjaya menjalinkan hubungan kerjasama yang baik antara pihak HCF Pahang dan Masjid Negeri. Beberapa persepakatan telah dicapai:
1. Bekerjasama menganjurkan majlis nikah muallaf dan jamuan makan. Program pertama akan diadakan pada 15 Februari 2025.
2. Bekerjasama mengadakan program lawatan masjid (Mosque Tour).
3. Bekerjasama menganjurkan program dialog / kursus perkahwinan silang budaya.
Pihak HCF Pahang mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli rombongan dan Rakan Hidayah yang menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.