fbpx

Kursus Pengurusan Jenazah Untuk Mualaf

𝑲𝒖𝒓𝒔𝒖𝒔 π‘·π’†π’π’ˆπ’–π’“π’–π’”π’‚π’ 𝑱𝒆𝒏𝒂𝒛𝒂𝒉, 𝑩𝒂𝒖

8 November 2024
Ahad
HCF Kuching

Alhamdulillah selesai dengan jayanya Kursus Pengurusan Jenazah di Pusat Komuniti Islam Bijagoi, Kampung Jagoi Duyoh, Bau. Kursus ini merupakan anjuran kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) Kuching, Urusetia Saudara Kita (USK) Bau dan Hidayah Centre Foundation. Seramai 34 orang peserta, majoritinya dihadiri oleh para pelajar mualaf sekitar Bau.

Kursus Pengurusan Jenazah ini dimulai dengan taklimat dan slot Teori Pengurusan Jenazah oleh Ustaz Yakub bin Abdullah, Eksekutif Hal Ehwal Agama Islam, PAIB Kuching. Bahagian praktikal pengurusan jenazah pula dibahagikan kepada empat slot iaitu Penyediaan Kain Kafan, Memandikan Jenazah, Pengkafanan Jenazah dan Solat Jenazah yang dikelola oleh Ustaz Yakub bin Abdullah dan dibantu oleh Ustazah Masmeara Artika, Ketua Operasi Hidayah Centre Foundation Cawangan Kuching. Alhamdulillah jelas terpancar pada wajah para peserta keterujaan mereka untuk mempelajari ilmu yang baharu.

Tahniah dan terima kasih kepada para peserta yang telah melengkapkan silibus pendidikan KBM mereka! Terima kasih juga diucapkan kepada penceramah yang telah menyampaikan ilmu yang bermanfaat dengan sangat baik. Semoga para mualaf dan hadirin yang hadir dapat mempraktikkan rukun fardhu kifayah ini dengan adanya pengisian yang telah disampaikan. Aamin yarabal alamin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top