KHIDMAT TERAKHIR HCF SABAH SETELAH MUALAF DAN ANAK MUALAF TAMAT PENGAJIAN
Alhamdulillah, inilah perjuangan mereka menimba ilmu.
Setelah hampir 2 hari perjalanan yang mencabar barulah dapat bertemu keluarga.
Mengharungi laluan udara dari Kota Bharu Kelantan ke Kota Kinabalu Sabah, transit sekejap di Kota Kinabalu kemudian keesokan hari menyambung perjalanan menaiki kereta sewa dari Kota Kinabalu-Kota Marudu dan disambut oleh Ustaz Muhammad Zaqwan Asran, Pegawai Dakwah HCF Beluran menaiki kenderaan dakwah yang kami beri nama Al-Buruj 1 yang telah diwakafkan oleh Yayasan Buruj.
![](https://i0.wp.com/hidayahcentre.org.my/wp-content/uploads/2024/12/2-8.jpg?resize=1024%2C766&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/hidayahcentre.org.my/wp-content/uploads/2024/12/3-9.jpg?resize=1024%2C766&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/hidayahcentre.org.my/wp-content/uploads/2024/12/4-6.jpg?resize=1024%2C766&ssl=1)
Meneruskan beberapa jam baki perjalanan menghantar adik-adik ini dengan selamat sehingga halaman rumah.
Allah, lega rasa. Teringat ketika kali pertama menjemput mereka untuk dihantar belajar. Tiada lain yang diharapkan hanya berdoa agar dipermudah urusan mereka dan agar mereka menghayati ilmu agama yang dipelajari.
Kali ini perasaan berbeza, rasa sejuta kelegaan dapat membantu satu lagi keluarga kurang berkemampuan mendapat hak pendidikan
Terima kasih semua yang tidak henti menyokong kami.
Teruskan menyumbang agar 48 orang adik-adik yang masih dalam pengajian juga berjaya tamat dengan cemerlang.
Boleh bersama kami perkasa pendidikan mualaf dan anak mualaf yang tercicir? klik pautan dahsedekah.com
Pertanyaan