𝐑𝐈𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐇𝐂𝐅𝐁𝐓𝐑 SIRI 11/2024
20/10/2024 (Ahad):
Pihak HCFBTR telah mengadakan sesi riadah santai bagi sukan memanah tradisional SIRI 11/2024 dan merupakan riadah memanah terakhir bagi tahun ini. Penyertaan seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar mualaf, guru, sukarelawan dan Rakan Hidayah HCFBTR. Makluman, teknik memanah telah disampaikan oleh Ustaz Wasim (Guru HCFBTR).
Aktiviti sukan ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan silahturahim malahan menjadi platform untuk menyampaikan saranan daripada Nabi SAW untuk kita semua mempelajari memanah agar menjadi seorang mukmin yang sihat dan kuat.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ، خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ
Maksudnya: “𝑶𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒖𝒌𝒎𝒊𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒖𝒂𝒕 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉 𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉 𝒅𝒊𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉𝒊 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑺𝑾𝑻 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑴𝒖𝒌𝒎𝒊𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒆𝒎𝒂𝒉”. [𝑹𝒊𝒘𝒂𝒚𝒂𝒕 𝑴𝒖𝒔𝒍𝒊𝒎 (2664)]
Semoga Allah SWT mengurniakan kita kesihatan yang baik agar kita dapat melaksanakan ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Aamiin.