fbpx

Mosques Tour Membuka Ruang Tampilkan Keindahan Islam

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Sarawak dengan kerjasama Masjid Al-Qadim telah mengadakan Mosque Tour pada 18 Oktober dan akan diteruskan pada keesokan hari. Mosque Tour ini diadakan bersempena dengan Unity Arts Carnival 2024 anjuran Persatuan Kaligrafi Cina Sibu.

Mosque Tour merupakan program hari terbuka masjid yang mengajak semua masyarakat tidak mengira agama dan bangsa untuk mengetahui tentang simbolik di sebalik seni bina masjid, dan menerangkan tentang keindahan Islam secara harmoni dan mesra. Program ini telah dihadiri pelawat daripada pelbagai peringkat umur, bangsa serta agama.

Selain itu, terdapat aktiviti-aktiviti bersempena Unity Arts Carnival 2024 turut diadakan. Antaranya ialah Bengkel Kaligrafi Arab, Bengkel Akrilik, Pertandingan Kaligrafi Cina dan Arab serta banyak lagi.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program ini. Semoga dengan adanya program sebegini dapat merapatkan lagi hubungan diantara pelbagai kaum dan agama. Insya Allah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top