HCF Kota Kinabalu | 29.09.2024
Alhamdulillah tahun ini HCKK telah menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah Tamparuli.
Seramai 50 orang mualaf dan anak mualaf daripada 3 kelas bimbingan anjuran HCKK telah bergabung bagi memeriahkan lagi perarakan hari tersebut.
Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah dan diserikan dengan pelbagai pengisian menarik.