31 Ogos 2024 – Alhamdulillah, HCF Johor dengan jayanya telah mengadakan program ‘Masjid Tour’ (MT) bertempat di Masjid Sultan Iskandar (MSI) Bandar Dato’ Onn.
MT ini berfokus kepada latihan untuk pelatih baru dan pendedahan kepada mualaf baru untuk merasai pengalaman masuk ke dalam masjid selain untuk persediaan mengajak pelawat dari berbilang agama untuk menyertainya pada masa akan datang.
Bermula dengan penerangan latar belakang MSI sebagai masjid pelancongan pertama di Johor, peserta dibawa ke beberapa ‘check-point’ utama disekitar kawasan MSI. Setiap ‘check-point’ ini perlu diterangkan kepada pelawat bagi memahami fungsi setiap satunya seperti mimbar, mihrab, dewan solat, tempat mengambil wuduk dan yang lebih menariknya di MSI terdapat galeri ‘Islamic Information Centre’ (IIC). Jika anda nak tahu lebih lanjut apa yang ada di IIC, jom sertai kami sebagai pelatih MT HCF Johor dan kepada rakan bukan Islam diluar sana yang ingin merasai pengalaman masuk masjid, mari kita buat janji temu untuk program ‘Masjid Tour’ seterusnya.
“Ini pertama kali saya masuk masjid, dan pertama kali saya cuba berwuduk. Dapat pula peluang solat berjemaah walaupon belum pernah belajar solat.- Mualaf Daniel.
Akhir kata jutaan terima kasih diucapkan kepada warga kerja MSI atas kesudian menerima kunjungan kami untuk melawat dan mengalukan MT dilaksanakan serta bantuan lain yang diberikan.
Insyaallah bertemu lagi pada program yang lain.