fbpx

BAB 5 : FIQAH PENGHARAMAN KHINZIR

Persoalan 1 : Samak Mulut Kerana Termakan Daging Khinzir

Ada masanya seseorang Muslim tidak mengetahui bahawa makanan itu adalah daging khinzir. Contohnya sosej yang dianggap sosej ayam atau daging lembu. Sudah dimakannya beberapa hari. Akhirnya diketahui bahawa ia sosej daging khinzir.

terdapat pelbagai makanan yang tidak dapat dipastikan ramuannya

Adakah wajib disamak mulut, gigi dan lidah?

Dalam persoalan ini, kesalahan makan sosej daging khinzir dimaafkan dalam agama kerana ia dilakukan secara tidak sengaja. Firman Allah swt yang bermaksud :

Tiadalah ke ata golongan yang beriman da beramal soleh oleh kesalahan dosa dalam apa yang mereka telah makan apabila mereka bertaqwa, beriman dan beramal soleh, kemudian mereka (tetap) bertaqwa dan berbuat ihsan. Dan Allah kasih kepada golongan yang berbuat ihsan.”  (Surah Al-Maa’idah 5 : 93)

Perkara yang dilakukan sebelum pengharamannya atau tanpa mengetahui ia haram adalah dimaafkan dalam Islam.

Walau bagaimanapun, pandangan agar mulut dan sebagainya disamak nampaknya pandangan yang tidak berasas. Kita perlu akui kewujudan perbezaan pendapat para ulama. Kenapa perlu menyusahkan dengan basuhan air tanah di mulut sedangkan ada pendapat yang lebih  praktikal?

Perlukah disamak seluruh rumah kerana bekas pemilik adalah bukan Islam?

Begitu juga jika ada pandangan yang mewajibkan rumah atau kedai disamak jika pemilik sebelumnya adalah bukan Muslim.

Yang penting ialah ketiadaan ilmu dan maklumat berkaitan daging khinzir. Seorang Muslim makan satu hidangan dan menyangkanya daging ayam. Selepas selesai makan, barulah diberitahu bahawa dagingnya ialah daging khinzir. Adakah berdosa?

Tidak berdosa kerana Allah memaafkan apa yang tidak diketahui. Sebaliknya kalau baru separuh jalan makan, lalu diberitahu tentang daging khinzir tetapi terus dimakannya juga ketika itu ia adalah berdosa.

Muslim juga hendaklah berwaspada dan berhati-hati di masa depan agar kejadian sama tidak berulang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top