“MUALAF NAK SAMBUNG BELAJAR”
Kisahnya ibu bapa kepada seorang pelajar mualaf yang ingin menyambung pengajian selepas mendapat keputusan SPM mahu mendapatkan pengesahan bagi kemasukan ke IPT.
Keluarga Abang Johnny dan Kak Sumarni merupakan antara keluarga yang aktif menyertai Kelas Bimbingan Mualaf dibawah HCF Johor. Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama mengurus anak sulung untuk menyambung pengajian, maka dengan bantuan Ustaz Mirza, mereka dibawa berjumpa dengan Pegawai Khas kepada ADUN Kota Iskandar iaitu Tuan Haji Yusof bin Ahmad untuk mendapatkan pengesahan bagi bantuan pelajaran ke IPT.
Kami gembira dengan keputusan anak Abang Johny untuk sambung belajar dan berharap agar pendidikan yang berterusan ini dapat memberi nilai tambah buat anaknya Aisyah dan dapat memberi sumbangan kembali kepada masyarakat apabila tamat belajar kelak.
Semoga Allah permudahkan urusan seterusnya buat keluarga Abang Johny, dan buat Aisyah, selamat maju jaya kami ucapkan.