fbpx

Misi Perkasakan Mualaf Pulau Pinang

MISI PERKASAKAN MUALAF PULAU PINANG

10 Ogos 2024 (Sabtu) – Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang turut sama menjayakan Program Pemerkasaan Mualaf Peringkat Pulau Pinang anjuran bersama Gabungan Dakwah Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Zakat Pulau Pinang yang diadakan di Kompleks Darul Hidayah Pulau Pinang.

Seramai 100 orang peserta dari kalangan mualaf Pulau Pinang hadir ke program ini untuk mendengar perkongsian dan memanfaatkan ruang-ruang yang disediakan oleh agensi-agensi yang dijemput.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada agensi-agensi yang sudi membuka booth informasi dan menyampaikan taklimat melalui slot yang disediakan. Antara yang hadir ialah:

– Zakat Pulau Pinang (ZPP)
– Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
– GIATMARA
– Lembaga Tabung Haji
– Dr. Hussaini Bin Zaini, slot Motivasi
– YAPEIM

Penghargaan kepada YB Dato’ Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang (TKM1) merangkap Yang DiPertua MAINPP atas ucapan perasmian sekaligus melancarkan Soft Launch Kempen Kenalkan Nabi Muhammad SAW (KKNM).

Kami berharap agar program ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada semua peserta dan memperkukuhkan lagi semangat serta pengetahuan dalam kalangan mualaf. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberikan sokongan.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top