ππππππ πππππππ πππππππππππ πππ πππ (SIRI 7/2024)
28/7/2024 (Ahad), 9.00 pagi:
Pihak HCFBTR telah mengadakan sesi riadah santai bagi sukan memanah tradisional bertempat di Padang Sasar Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn. Penyertaan seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar mualaf, keluarga mualaf, sukarelawan dan AJK Rakan Hidayah HCFBTR. Makluman, teknik memanah pada sesi kali ini telah disampaikan oleh Sis. Sarah dan Bro. Salman (Sukarelawan HCFBTR).
Aktiviti sukan ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan silahturahim malahan menjadi platform untuk menyampaikan saranan daripada Nabi SAW untuk kita semua mempelajari memanah agar menjadi seorang mukmin yang sihat dan kuat.
Semoga Allah SWT mengurniakan kita kesihatan yang baik agar kita dapat melaksanakan ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Aamiin..
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf
#hidayahcentrefoundation#hcfbtr#bandartunrazak#mualafmalaysia