Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang yang telah bermurah hati menyumbangkan Al-Quran terjemahan Mandarin. Sumbangan ini amat bermakna dan akan digunakan untuk manfaat para mualaf yang memerlukan bimbingan dalam memahami ajaran Islam.
Jazakumullah khairan kathira. Semoga Allah membalas jasa baik anda dengan sebaik-baik ganjaran dan memberkati usaha murni ini. Teruskan menyokong kami dalam usaha menyebarkan kebaikan dan ilmu.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan keprihatinan anda.