fbpx

Ziarah: Mualaf kehilangan Ibu

Hari ini pihak Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang menziarahi saudara kita, En. Safi, seorang mualaf yang baru sahaja kehilangan ibunya Pn Khatijah yang juga mualaf. Kehilangan ini amat menyedihkan, namun kami hadir untuk memberi sokongan dan doa kepada beliau.

Kami berkesempatan menunaikan solat jenazah di Masjid Karwa selepas solat zohor dan mengiringi jenazah ke perkuburan. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh ibunya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diberi ketenangan di alam barzakh. Semoga saudara kita diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati, dan setiap kehilangan adalah satu peringatan untuk kita. Semoga kita sentiasa mengingati dan menghargai orang yang kita sayangi selagi mereka masih ada.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top