fbpx

Aktiviti Memanah Bersama Saudara Baru dan Non Muslim

𝐑𝐈𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐇𝐂𝐅𝐁𝐓𝐑 (SIRI 4/2024)

2/6/2024 (Ahad), 9.00 pagi:

Pihak HCFBTR telah mengadakan sesi riadah santai bagi sukan memanah tradisional bertempat di Padang Sasar Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn. Penyertaan seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar mualaf, pelajar 𝑛𝑜𝑛-𝑚𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚, guru-guru serta sukarelawan dan AJK Rakan Hidayah HCFBTR. Makluman, teknik memanah telah disampaikan oleh Ustaz Wasim (Guru HCFBTR).

Aktiviti sukan ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan silahturahim malahan menjadi platform untuk menyampaikan saranan daripada Nabi SAW untuk kita semua mempelajari memanah agar menjadi seorang mukmin yang sihat dan kuat.

(وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ رَمَى)

“𝐃𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐦𝐩𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐦𝐩𝐚𝐫, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐦𝐩𝐚𝐫.”
𝐀𝐥-𝐀𝐧𝐟𝐚𝐥 𝐚𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟕

Semoga Allah SWT mengurniakan kita kesihatan yang baik agar kita dapat melaksanakan ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Aamiin..

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top