IPOH LOW CARBON DAY
17 Disember 2023- Program Ipoh Low Carbon Day yang dianjurkan oleh MBI merupakan program berkala secara bulanan.
Syukur Alhamdulillah, HCF Perak telah berpeluang untuk membuka booth di program ini buat kali ke 2 bagi tahun 2023..
Alhamdulillah, petugas HCF Perak telah menyantuni beberapa peserta bukan Muslim bagi berkongsi risalah-risalah Islam kepada mereka.
Insya Allah, HCF Perak akan menyertai lagi program seumpama ini yang akan diadakan pada hari ahad minggu terakhir pada setiap bulan.
HCF Perak juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Rakan Hidayah Ipoh yang telah membantu dalam menjayakan program ini.
Akhir sekali, HCF Perak juga mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir ke booth kami