Sembang Santai : Journey To Islam

| SEMBANG SANTAI : JOURNEY TO JANNAH |

25 Sept 2023 (Isnin) – Alhamdulillah, Forum Sembang Santai : Journey To Jannah telah diadakan dengan jayanya di Pusat Islam UiTM Pulau Pinang selepas solat maghrib semalam.

Ditampilkan 2 orang panelis dari kalangan mualaf santunan HCFPP iaitu Cikgu Tan Kean Heng & Bro. Roslan Mahenthren serta moderator En. Ahmad Shiham Sukhri, Penolong Pengurus HCF Penang.

Kehadiran seramai 1600 orang dari kalangan pelajar baru UiTM telah memenuhi program ini semalam.

Pihak Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Unit Hal Ehwal Islam UiTM Pulau Pinang di atas kerjasama menjayakan program ini. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi dalam program-program lain.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.

#HidayahCentreFoundation
#pulaupinang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top