30 April 2023- Telah berlangsung majlis sambutan Hari Raya anjuran Hidayah Centre Foundation Wilayah Tengah di Pejabat HCF Kota Damansara.
Majlis yang penuh meriah ini adalah bertujuan untuk meraikan saudara-saudara baru HCF di bulan syawal, saling berkenalan dan merapatkan hubungan.
Turut hadir pengarah operasi, pengarah outreach dan pengarah jabatan sukarelawan Hidayah Centre Foundation; Haji Abdul Rahim, Haji Noli Hussain dan Tuan Wan Muhammad Wan Ibrahim serta rakan-rakan Hidayah dari beberapa kawasan.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu yang hadir. Semoga ukhuwah ini dapat terus dieratkan pada kesempatan-kesempatan mendatang.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.