fbpx

Meraikan Saudara Baru di bulan Ramadan

Majlis Iftar Amal 1443H bagi Meraikan Saudara Baru

8hb April – Hidayah Centre Foundation Negeri Sembilan dan IKRAM Negeri Sembilan meraikan saudara baru dalam Majlis Iftar Amal 1444H di Dewan Dhuha, D’ Cattleya Senawang. Lebih 250 jemputan yang hadir terdiri daripada saudara baru, Rakan Hidayah Seremban, Rakan Hidayah Nilai, ahli-ahli IKRAM dan sahabat muslim yang lain.

Majlis ringkas ini bermula dari pukul 6.00 petang hingga 9.00 malam. Hadirin digembirakan dengan tazkirah khas yang bertajuk ‘Hikmah Ramadan ‘disampaikan oleh Imam Abdul Fattah yang menyentuh tentang hikmah berpuasa yang difardhukan oleh Allah SWT.

Selepas solat Maghrib berjemaah, para hadirin menjamu selera sambil berkenal-kenalan dengan saudara baru yang hadir bersama keluarga mereka termasuk yang belum Islam. Alhmdulillah, semoga hubungan ini diredhai Allah dan sentiasa dijalinkan dengan menghormati antara satu sama lain.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua penyumbang dan Jawatankuasa yang sentiasa memberi kerjasama erat agar Majlis ini dilaksanakan dengan jayanya.

#HcfNS
#IKRAMNS
#RamadanAkuKembali

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top