fbpx

Projek Prihatin Mualaf

PROJEK PRIHATIN MUALAF

30 Mac 2023- Majlis Iftar Mualaf & Back To School Hidayah Centre Foundation Johor (HCFJ) siri 1 telah berjaya dilaksanakan. Majlis ini telah dihadiri lebih 20 Mualaf yang konsisten menghadiri kelas bersama HCFJ. Majlis ini bertujuan meraikan mualaf-mualaf untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga dan mengenali komuniti mualaf yang lain serta mengeratkan ukhuwwah diantara satu sama lain.

Majlis ini juga bertujuan memberi galakan dan motivasi kepada mualaf untuk meningkatkan amal-amal kebaikan dibulan Ramadan yang mulia ini dengan melaksanakan solat magrib, isyak dan terawih secara berjemaah. Majlis ini disempurnakan dengan ucapan oleh Hajah Nailah Tang, JK Pembangunan Institusi IKRAM dan juga pemberian sumbangan Back to School kepada anak-anak mualaf yang masih bersekolah.

Terima kasih kepada para penyumbang dan juga seluruh pihak yang telah menjayakan Iftar Mualaf siri 1. Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang telah diberikan..Hidayah Centre Foundation Johor ingin mengajak anda bersama-sama kami menyumbang bagi membantu mualaf sepanjang Ramadan ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top