AKU, DAKWAH, DAN DUNIA
Alhamdulillah, pada 13 Januari 2023 (Jumaat) yang lalu,Tuan Wan Muhammad bin Wan Ibrahim, Pengarah Jabatan Pengurusan Daie dan Sukarelawan (PDS), Hidayah Centre Foundation (HCF) telah dijemput oleh Mahasiswa Tahun 4 Sarjana Muda Da’wah dan Pengurusan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Aku, Dakwah, dan Dunia” kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Mandarin di Bagan Pulau Ketam, Klang, Selangor.
Ceramah ini adalah salah satu slot yang telah disusun oleh mahasiswa USIM bagi program “UNITY ACROSS DISPARITY” untuk mendekati masyarakat di Pulau Ketam khususnya yang berbangsa Tiong Hwa untuk menzahirkan kebersamaan mahasiswa bersama masyarakat dengan menerapkan sifat ihsan terhadap komuniti yang memerlukan.
Kami di HCF akan terus berganding bahu bersama dengan semua pihak bagi meningkatkan kesedaran masyarakat Islam untuk melaksanakan usaha dakwah dalam masyarakat majmuk.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf