23 April 2022 – Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, dengan izin Allah berjaya juga kami mengadakan sebuah Iftar Jamaie tahunan HCF di Hotel Raia, Kompleks Tabung Haji pada 23 April 2022 bersamaan 21 Ramadhan 1443H. Setiap tahun, majlis ini dilaksanakan bukan hanya untuk meraikan dan memberi makan kepada saudara mualaf dan saudara bukan Islam kita namun kami mengambil peluang untuk memberi sumbangan kepada mualaf-mualaf baru serta mengumpul dana bagi aktiviti dakwah kami di HCF.
Tahun ini, majlis MIPHC membawakan Forum Journey to Jannah yang bertemakan Perkahwinan Silang Budaya. Forum ini telah disampaikan oleh Ustaz Fahmi Abu Bakar dan Ustazah Jit Shinday Wardah dengan baik sekali serta penuh hikmah. Tidak dilupakan, Saudari moderator yang diimport jauh dari Sungai Petani iaitu Puan Najihah yang menyerikan lagi forum ini.
Terima kasih kami ucapkan kepada para tetamu kehormat, YB Hj Mohd Tuah bin Ismail kerana sudi hadir dan merasmikan majlis. Terima kasih juga kepada Prof Dr Roslan Hashim, Hj Nasir Timbalan Pengerusi GDMPP, ahli-ahli GDMPP dari kalangan NGO Dakwah Pulau Pinang serta para hadirin.Terima kasih tak terhingga kepada para penyumbang dan penaja dari pelbagai latar belakang seperti Pejabat YB Dato’ Hj Abdul Halim bin Haji Hussain (EXCO Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Negeri Pulau Pinang) dan YB Bakhtiar Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Ahli Parlimen Kawasan Balik Pulau) serta ramai lagi penyumbang yang tidak mampu kami senaraikan di sini.
Semoga limpahkan ganjaranNya kepada kalian.Di kesempatan ini, kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan daripada pihak kami kepada para tetamu. Semoga kita dapat bertemu lagi di Majlis Iftar Perdana akan datang. InsyaaAllah Tuan Puan masih boleh terus berinfaq ke :The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered5505 1085 0031MAYBANK
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf