fbpx

Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk (SKMM)

13 & 14 Disember 2022Selasa & Rabu
HCF Sibu

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Sarawak kerjasama dengan Ikram Kawasan Sibu telah mengadakan Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk (SKMM) Fasa 1 yang diadakan di Pejabat Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu yang dihadiri oleh 35 orang peserta di sekitar kawasan Sibu.

Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk Fasa 1 tempoh hari disampaikan oleh Saudara Wan Muhammad Wan Ibrahim, Pengurus Jabatan Pengurusan Daie dan Sukarelawan Hidayah Centre Foundation, Cikgu Kamarul Zaman Noor Mohamed, Penasihat Akidah Jabatan Mufti Selangor dan juga Kakitangan Hidayah Centre Foundation Sarawak.

Antara tajuk-tajuk yang disampaikan ketika Seminar tersebut adalah Bukti-bukti Kebenaran Al Quran, Kewajipan Berdakwah, Teknik-teknik Berdakwah, Sifat-sifat Pendakwah, Ansar Initiative, Memahami Budaya Masyarakat Sarawak, Bagaimana menjelaskan Islam secara mudah, Dakwah Digital dan Bimbingan Mualaf.

Semoga dengan diadakan Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk Fasa 1 ini dapat memupuk dan memberi motivasi kepada para peserta untuk menyampaikan mesej Islam dan dalam masa yang sama memupuk sikap toleransi antara masyarakat majmuk di negeri Sarawak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top