fbpx

Ziarah Keluarga Mualaf

?????????? ???????? ??????

22 November 2022, Selasa –Alhamdulillah wakil Hidayah Centre Foundation Bandar Tun Razak (HCFBTR) iaitu Hj. Nazeli dan Hjh. Umi Khaltom telah berkunjung ke Sibu, Sarawak bagi menziarahi keluarga mualaf santunan HCFBTR, arwah Ling Siik Ping yang telah meninggal dunia pada 4 Oktober 2014 akibat kemalangan jalanraya selepas 20 hari melafazkan syahadahnya.

Segala pujian ke hadrat Allah SWT kerana penerimaan keluarga arwah sangat luar biasa dan mengharukan walaupun berbeza agama dan bangsa. Kehadiran wakil HCFBTR disambut dengan begitu mesra oleh keluarga arwah Ping.

Wakil HCFBTR menziarahi kubur arwah Ping dan dikesempatan itu ibu ayah arwah mengatakan setiap kali mereka merindui arwah, mereka akan datang ke kubur arwah. Keluarga arwah turut membawa wakil HCFBTR melawat sekitar bandar Sibu dan telah membekalkan sedikit buah tangan untuk dibawa dan dikongsikan bersama HCFBTR.

Semoga pertemuan ini akan berterusan dan ikatan ukhwah keluarga arwah Ping dan HCFBTR akan sentiasa berpanjangan, mudah-mudahan segala yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah SWT, Insya Allah.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top