Kunjungan Hormat ke Gurdwara Sahib Petaling Jaya
16 Januari 2022- Alhamdulillah 10 orang wakil staff Hidayah Centre Foundation serta sukarelawannya aktivis Rakan Hidayah menambah ilmu kali ini dengan memahami konsep dan pegangan penganut Sikhism bangsa Punjabi serta membawa pulang beberapa best practices dan kehebatan sistem pengurusan rumah ibadat Gurdwara yg berpaksikan perkasaan sukarelawan dan pembentukan ilmu bermula peringkat anak-anak sekolah hingga dewasa bagi komuniti Sikh.
Terima kasih kepada Encik Bhag Singh selaku mantan Presiden Gurdwara Sabha Petaling Jaya (GSPJ) yg juga merupakan Board of Trustee GSPJ, bro Santokh Singh, Cikgu Sharan Kaur (SU GSPJ) dan juga Encik Rajinder Singh sukarelawan yg sangat ramah dan sabar melayan, memberi penerangan menjawab persoalan-persoalan dan membimbing kami bermula dengan menjamu kami dengan chapati dan makanan berasas vege serta memimpin kami dalam lawatan ke dalam Gudwara bermula 4.30ptg sehingga jam 6ptg.
Alhamdulillah kami telah mengajak mereka dan sukarelawan serta komuniti mereka untuk datang pula ke masjid untuk kami pula menerangkan ISLAM dan fungsi rumah ibadat ISLAM serta menjawab sebarang salah faham tentang ISLAM yang selama ini menjarakkan kefahaman majoriti pihak non muslim terhadap ISLAM terutamanya perkataan dakwah yg dimaksud mereka dgn “paksaan dalam memeluk ISLAM” yg sebaliknya adalah “perkongsian dan pencerahan tentang apa sebenarnya ISLAM”.
Banyak kolaborasi servis khidmat masyarakat sesama komuniti, interfaith forum, kerja amal lain yang difikirkan boleh dibuat bersama pada masa akan datang. Doakan kami di Hidayah Centre Foundation (HCF) dan hidayah serta kesihatan kepada komuniti yang menghormati dan baik di Gurdwara Sabib Petaling Jaya (GSPJ).
Kepada setiap ygang membaca, keharmonian dan masyarakat penduduk pelbagai kaum dan agama di Malaysia hanya akan terus sihat berpadu HANYA dengan ILMU iaitu difahami dengan jelas perihal agama dan budaya mereka.