Paroi, 18 September 2022 – Hidayah Center Foundation (HCF) bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menganjurkan Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk Fasa 1 bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan.
.
Program selama dua hari ini telah berjaya melibatkan seramai 64 orang peserta yang begitu bersungguh mempelajari ilmu dakwah. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Ustazah Asniza binti Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah.
.
Program ini memberi pendedahan teknik dan kaedah asas dakwah serta perkongsian jawapan kepada persoalan dakwah juga dapat meningkatkan keyakinan diri peserta untuk berdakwah.
Melalui slot praktikal iaitu “Hidayah Harmony Outreach (H2O)” di sekitar Seremban, seramai 54 orang prospek non-muslim berjaya ditemubual berkaitan Islam, 3 prospek ingin mendalami tentang Islam dan 1 prospek berjaya disyahadahkan oleh salah seorang peserta kursus.
.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf
Kongsi pahala dalam melatih ramai lagi pendakwah
www.dahsedekah.com
www.dahsedekah.com
#HidayahCentreFoundation
#DMM
#Reverts
#Dakwah