fbpx

Bantu Mualaf Pengidap Diabetes Type 1 Sejak Remaja

Alhamdulillah, Khamis lepas kami ke Permas Jaya untuk ziarah dan bantu seorang mualaf pengidap diabetes type 1 yang baru berpindah ke JB.

Walaupun baru berusia 20-an, sebagai pengidap diabetes type 1, dia terpaksa bergantung hidup dengan pengambilan insulin setiap hari. Bayangkan setiap hari kena cucuk jarum beberapa kali.

Kami bawa dia ke farmasi berdekatan, dan bantu restock bekalan jarum insulin dan glucose test strips.

Kami tahu, paling lama pun bekalan tersebut hanya boleh bertahan sebulan dua. Cuma kami mengharapkan dia kembali sihat untuk terus bekerja dan berdikari menafkahi diri sendiri sekurang-kurangnya.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal wa ni’mah.

Setiap orang ada ujian masing-masing, tidak terlepas walau seorang pun.

Hasrat kami, walau bagaimana sekalipun masalah kehidupan yang mereka hadapi, keadaan ini tidak membuatkan mereka berputus asa dan hilang harapan dengan kehidupan ini. Apatah lagi dengan Tuhan yang menciptakan kehidupan dan kematian itu sendiri.

Malah kami pernah jumpa mualaf yang sangat kuat gantung harapnya dan sangka baiknya kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, dan berusaha berdikari keluar daripada masalah dengan usaha yang benar. Walhal mereka layak untuk mohon pertolongan kepada orang lain.
.
Moga Allah melindungi kita semua daripada kekufuran dan kefakiran. Aamiin.

‘Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf’

#sedekadhidayahcentrefoundation
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top