Lawatan Muhibbah Ke Open University Malaysia (OUM)

Pada hari Khamis yang lepas, 7 Julai 2022, Hidayah Centre Foundation Sarawak Cawangan Kuching telah melakukan lawatan muhibbah ke Open University Malaysia (OUM) cawangan Kuching yang telah diwakili oleh empat orang kakitangan Hidayah Centre Foundation ke sana.

Kunjungan rasmi ini diraikan oleh beberapa pegawai yang mewakili pihak Open University Malaysia (OUM) cawangan Kuching. Pelbagai perbincangan mahupun perkongsian yang diberikan sepanjang kunjungan rasmi itu diadakan seperti berbincang tentang program yang dapat dijalankan secara bersama pada masa yang akan datang.

Semoga dengan segala perbincangan yang diberikan membuahkan hasil dengan kerjasama yang akan dilaksanakan nanti. Terima kasih Open University Malaysia (OUM) cawangan Kuching.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#HidayahCentreFoundationSarawak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top