HCF PAPAR | 27 Mei 2022 | JUMAAT
Hidayah Centre Foundation Cawangan Papar (HCP) bersama KDMRS Muslim Kawasan Papar telah menziarahi keluarga Tuan Hj Yunus di Kg Mandahan,Papar yang baru sahaja kehilangan cucu disebabkan meninggal dunia kerana lemas.
Semoga ahli keluarga tetap sabar dan diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. HCP turut memberikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban pihak keluarga.
Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan sokongan semua pihak terutama penyumbang budiman. Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita semua. Aamiin.
“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”