Alhamdulillah, Majlis Raya Keluarga Malaysia HCF dapat dijalankan dalam suasana harmoni, meriah & sederhana yang mengumpulkan sahabat-sahabat dari pelbagai bangsa & agama di Malaysia.
Sebelum PKP lagi, HCF sering menganjurkan program-program bersama komuniti agama lain seperti Kristian, Buddha, Sikh, Hindu & Bahai seperti dialog harmoni antara agama, ziarah rumah ibadah,larian & pelbagai lagi. Majlis kali ini dihadiri oleh wakil-wakil pelbagai agama seperti Datuk K Sri Dhamaratana, Ketua Sami Malaysia, Encik Jason Leong dari Christian for Peace and Harmony in Malaysia (CPHM), Puan Loh Pai Ling mewakili Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM), Puan Gowri PS Thangaya dari Malaysia Hindu Sangam (MHS), Dr Florence John dari Sacred Heart Catholic Church, Encik Harjinder Singh, Presiden Sikh Naujawan Sabha Malaysia (SNSM) dan ramai lagi tetamu-tetamu pelbagai agama & bangsa.
Majlis diserikan dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Haji Muhammad Fakharuddin bin Abdul Kudos, CEO Hidayah Centre Foundation yang berkongsi mengenai pengajaran dari Al-Quran berkenaan hidup bermasyarakat dari surah Al Hujurat ayat 11 hingga 13.
Para tetamu dihidangkan dengan juadah hari raya seperti ketupat, rendang, lemang, juga nasi minyak. Turut disediakan bahagian makanan vegetarian buat para tetamu yang hadir.
Tuan Haji Noli Husain, Pengarah Outreach HCF turut berkongsi mengenai bulan Ramadan & Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam disusuli pula dengan acara kuiz buat semua tetamu bukan Islam yang hadir. Para tetamu begitu teruja ingin menjawab soalan kuiz yang diajukan bagi memenangi hadiah yang disediakan.
Alhamdulillah, semoga banyak lagi program keharmonian antara kaum, bangsa dan agama yang dapat dilaksanakan selepas ini. Semoga Allah redha & berkati usaha ini.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf
#HariRayaKeluargaMalaysia














