Majlis Ramah Tamah Aidilfitri HCF Cawangan Bintulu

Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang bertempat di Pejabat Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu. Majlis ini dinamakan sebagai Majlis Raikan Mualaf D’ Aidilfitri. Bertujuan untuk meraikan para mualaf dan keluarga mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Majlis ini juga dihadiri oleh beberapa agensi-agensi kerajaan dan swasta bagi bersama-sama mengeratkan silaturahim dan sedikit sebanyak saling kenal mengenal satu sama lain. Terima kasih kami ucapkan kepada semua tetamu atas kesudian menerima jemputan kami ke Majlis Raikan Mualaf D’ Aidilfitri ini.

#HCFBintulu
#HidayahCentreFoundationSarawak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top