Pada hari Khamis yang lepas, 12 Mei 2022, Hidayah Centre Foundation Sarawak Cawangan Sibu telah melakukan kunjungan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu (IPD) yang telah diwakili oleh dua orang kakitangan Hidayah Centre Foundation ke sana.
Kunjungan rasmi ini diraikan oleh beberapa pegawai yang mewakili pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu (IPD). Pelbagai perbincangan mahupun perkongsian yang diberikan sepanjang kunjungan rasmi itu diadakan seperti berbincang tentang program yang dapat dijalankan secara bersama pada masa yang akan datang.
Semoga dengan segala perbincangan yang diberikan membuahkan hasil dengan kerjasama yang akan dilaksanakan nanti. Terima kasih Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu (IPD).
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#HidayahCentreFoundationSarawak