Program Jelajah Ramadan 1443H Yadim Zon Utara Sarawak

Telah berlangsung program Jelajah Ramadan 1443H Yadim Zon Utara Sarawak pada 21 April 2022 di Surau An-Nur RPR Sungai Plan Bintulu dan Masjid Istiqbal PPR Bandaria Bintulu.

Program ini diadakan sempena Jelajah Ramadan YADIM di seluruh malaysia. Dan di zon utara Sarawak telah diadakan di Bintulu dan Miri. Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu turut bersama-sama dalam program ini membantu dan juga menyampaikan beberapa sumbangan untuk mualaf di sekitar Sungai Plan Bintulu dan PPR Bandaria Bintulu.

Alhamdulillah, dengan adanya kerjasama dalam menyantuni mualaf sebegini mudah-mudahan memberi banyak manfaat dan dipermudahkan segalanya. Insya’Allah. Terima kasih juga kepada pihak YADIM Sarawak memberi ruang dan peluang untuk bersama-sama membantu dalam menjayakan program ini.

#HidayahCentreFoundationSarawak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top