Assalamualaikum wrt.
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَاللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْه, وَعَافِه ِ وَاعْفُ عَنْه, وَأَكْرِمْ نُزُلَه, وَوَسِّعْ مُدْخَلَه , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِه , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ“
Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya”.
Seluruh keluarga besar Hidayah Centre Foundation begitu merasai kehilangan seorang pendakwah yang begitu ikhlas dan istiqamah sehingga ke akhir hayatnya berkhidmat di Hidayah Centre Foundation iaitu Tuan Hj Zun Arif Hakim Abd Rahman, mantan Pengarah Jalinan Strategik HCF.
Beliau telah pulang kerahmatullah pada hari Khamis, 20 April 2022 bersamaan 19 Ramadan 1443 H pada jam 12.02 malam.
Semoga Allah mengampuni, merahmati, mengasihi dan menempatkannya bersama para kekasih-Nya. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf