Pada hari Rabu yang lepas, 9 Mac 2022, Hidayah Centre Foundation Sarawak Cawangan Kuching telah melakukan lawatan rasmi ke Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) yang telah diwakili oleh tiga orang kakitangan Hidayah Centre Foundation ke sana.
Lawatan rasmi ini diraikan oleh beberapa pegawai yang mewakili pihak IKMAS. Pelbagai perbincangan mahupun perkongsian yang diberikan sepanjang lawatan rasmi itu diadakan seperti berbincang tentang program yang dapat dijalankan secara bersama pada masa yang akan datang.
Semoga dengan segala perbincangan yang diberikan membuahkan hasil dengan kerjasama yang akan dilaksanakan nanti. Terima kasih Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)!