fbpx

Intergrated Masjid & Comunity Centre (IMCC) Kg Nantabakan, Sabah

IMCC KG NANTABAKAN

Fasa 1 : Surau (telah siapa pada tahun 2021)
Fasa 2 : Rumah Imam & bilal
Fasa 3 : Community Centre
Fasa 4 : Kemudahan gelanggang sukan

Kenapa IMCC perlu diwujudkan?

i) Masjid bagi umat Islam di kampung dan sekitarnya untuk menunaikan solat dan pelajaran agama.
ii) IMCC menjadi tumpuan kepada penduduk luar bandar untuk menjalankan aktiviti komuniti dan ia terbuka kepada semua masyarakat majmuk.
iii) Kelas-kelas agama untuk orang para mualaf khususnya yang baru Islam menimba ilmu tentang Islam. Kini lebih daripada 10 keluarga datang untuk mempelajari agama Islam.
iv) Pusat Perkongsian Mesej Keindahan Islam di kampung dan kawasan sekitarnya.
v) Tempat tumpuan bagi golongan belia mengadakan aktiviti sukan.
vi) Pusat peningkatan kemahiran masyarakat majmuk seperti pelajaran mengait, memasak dan menjahit.

FASA 1 PROJEK IMCC HAMPIR SELESAI
Alhamdulillah, Fasa 1 iaitu pembinaan surau dalam projek Intergrated Mosque & Community Centre (IMCC) telah siap pada pertengahan 2021. Fasa 1 ini mengambil masa hampir 3 tahun siap kerana tergendala semasa pandemik.

Diari Pembinaan Surau Nurul Hidayah Kg Nantabakan, Keningau

Tahun 2019
Januari – Meratakan tanah dan penyediaan tapak tanah surau
12 Februari – Penentuan Arah Kiblat oleh JHEAINS Keningau
31 Ogos – Perlantikan kontraktor binaan
7 September/Oktober – Pembinaan surau bermula
Disember – 15% dalam pembinaan – dinding

Tahun 2020
Februari – 25% dalam pembinaan – rangka atap
April – 55% dalam pembinaan – pemasangan atap & kubah
September – 85% dalam pembinaan – mengecat, pemasangan wayar dan pagar
Oktober-Disember – tertangguh disebabkan pandemik

Tahun 2021
Februari – Sambung kerja-kerja “touch up” & pemasangan sistem siar raya (pa system)
Pertengahan April – Solat fardhu dan solat sunat tarawih dilaksanakan
Mei – Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dilaksanakan

Dijangkakan pertengahan tahun 2022, Fasa 2 akan bermula iaitu pembinaan kuartes rumah imam dan bilal.

Sumbangan juga boleh dibuat melalui online di:
https://bit.ly/imccfasa2
https://bit.ly/imccfasa2
https://bit.ly/imccfasa2

atau

[The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered]
Maybank: 5505 1085 0017
Rujukan: rumahimam
Whatapps @ email resit: 016 536 6100 / hcf.sabah@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top