14 Februari 2022 Isnin
HCF Kuching Samarahan
Alhamdulillah pada hari Isnin yang lepas, Hidayah Centre Foundation Sarawak telah melaksanakan Program Perasmian Pusat Komuniti Saudara Baru & Pelancaran Wakaf Kenderaan HCF Sarawak yang diadakan di Pejabat Pusat Komuniti Saudara Baru Hidayah Centre Foundation Cawangan Kuching.
Program perasmian tersebut telah dihadiri oleh pelbagai pihak agensi kerajaan dan agensi Islam bukan kerajaan (NGO) seperti Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sarawak (JAKIM), Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), IKRAM Cawangan Sarawak, MACMA Cawangan Sarawak, Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Cawangan Sarawak (YADIM), HIKMAH Cawangan Sarawak, Unit Saudara Kita (USK) dam Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Sarawak (ABIM). Tidak dilupakan juga, Ketua Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation, Tuan Haji Muhammad Fakharuddin Abdul Kudos juga bersama dalam majlis perasmian tersebut.
Program perasmian itu juga turut dirasmikan oleh Ustazah Hanisah Binti Dato Haji Nahrawi selaku Ketua Penolong Pengarah Unit Kemajuan Saudara Kita, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak.
Untuk makluman semua, Pusat Komuniti Saudara Baru Hidayah Centre Foundation Sarawak telah siap renovasi dan mula beroperasi pada Februari 2020. Dengan adanya Pusat Komuniti ini ia bukan sekadar sebagai pejabat operasi Hidayah Centre Foundation Cawangan Kuching sahaja tapi ia juga bertujuan untuk memberi khidmat sosial, kelas pendidikan, sesi kauseling dan bantuan kebajikan kepada saudara baru mahupun mualaf, selari dengan tagline Hidayah Centre Foundation, “Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.”
Untuk Pelancaran Wakaf Kenderaan pula, Hidayah Centre Foundation Sarawak berhasrat untuk mencapai kutipan sebanyak RM400,000 bagi membeli beberapa buah kenderaan untuk digunakan di cawangan-cawangan HCF Sarawak bagi terus berkhidmat kepada saudara baru mahupun mualaf di luar bandar sama ada dari segi khidmat sosial, kelas pendidikan, kaunseling mahupun bantuan kebajikan.
Terima kasih kepada semua jemputan yang hadir dan InsyaAllah dengan kerjasama yang dilakukan sebegini, banyak perkara yang akan dimanfaatkan bersama pada masa yang akan datang kelak.
Info lanjut mengenai HCF :
Web: www.hidayahcentre.org.my
Instagram: https://instagram.com/hidayahcentrefoundationsarawak
Telegram: https://t.me/buletinHCF
Kongsi Pahala:
5505 1085 0061 (Maybank)
Reference: HCF Kuching
Hubungi HCF Kuching: 014-9924886 (Sis Masmeara)
#HidayahCentreFoundationSarawak
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf