26 Disember 2021- Alhamdulilah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinya, HCF Perlis dapat memberi sumbangan HCF Mualaf Aid kepada saudara baru santunan kariah Masjid al-Mursyid, Guring, Pauh bersempena Program Ihya al-Mursyid 2021.
Semoga sumbangan yang diberikan itu memberi manfaat dan membantu meringankan beban yang dipikul oleh saudara baru tersebut. Moga mereka diberi kekuatan dan iman yang teguh agar sentiasa teguh dengan agama Islam dan membantu perjuangan Islam. Amin
Tarikh/Hari : 26 Disember 2021 | Ahad
Masa : 8:00 Pagi – 11: 00 Pagi
Tempat : Masjid al-Mursyid, Guring, Pauh
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf