28 Oktober 2021- Alhamdulillah, giliran pendaftaran pengislaman saudari Katijah Lim, seorang saudara baru di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah pun selesai.
Beliau yang merupakan saudara baru santunan Hidayah Centre Foundation (HCF) Bandar Tun Razak telah ditemani oleh Tuan Nazeli dan Puan Umi yang merupakan Jawatankuasa Rakan Hidayah Bandar Tun Razak sepanjang proses pendaftaran ini.
InshaAllah, beliau akan meneruskan pembelajaran tentang asas Islam bersama-sama dengan HCF Bandar Tun Razak. Seluruh keluarga HCF Bandar Tun Razak mengucapkan selamat datang dan mendoakan semoga Allah permudahkan perjalanan beliau yang seterusnya untuk memahami dan mengamalkan Islam.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Islam atau ingin mengetahui prosedur pendaftaran pengislaman saudara baru, bolehlah hubungi kakitangan HCF cawangan Wilayah Persekutuan, saudara Ariff di talian berikut:
Atau hantarkan mesej melalui Messenger Facebook HCF Bandar Tun Razak.





