Pada hari Ahad, 10 Oktober 2021 yang lalu, Rakan Hidayah Lembah Pantai telah menganjurkan satu sesi taklimat kepada pelajar yang baru dan juga penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah mengikuti Kelas Asas Pengajian Islam HCF pada sesi yang lepas.
Taklimat ini dianjurkan bagi memberi gambaran perlaksanaan kelas kepada pelajar-pelajar pada sesi yang baru disamping memberi galakan dan motivasi kepada mereka tentang kebaikan mempelajari ilmu. Satu sesi penganugerahan juga telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar yang komited pada sesi pembelajaran yang lepas.
Sesi baru Kelas Asas Pengajian Islam HCF anjuran Rakan Hidayah Lembah Pantai akan diadakan pada setiap hari Ahad, jam 10.00 hingga 11.30 pagi.
#KelasAsasPengajianIslamLembahPantai
#RakanHidayahLembahPantai
#HidayahCentreFounationWPKL
Berminat untuk menyumbang bakti sebagai sukarelawan HCF?
Jom daftar ??????????? ????? ???????>>> https://hidayahcentre.org.my/rakan-hidayah/








