Kelas khas sempena bulan Ramadan ini dijalankan hampir setiap hari, dibantu para sukarelawan Rakan Hidayah yang berkongsi ringkasan kisah para Rasul dan ibrah utama yang daripadanya. Kelas ini mensasarkan para mualaf terutama yang telah berada dalam santunan HCF, supaya dapat menggarap ibrah dan mengaitkan dengan kehidupan masing-masing.