KUNJUNGAN HORMAT HIDAYAH CENTRE FOUNDATION (HCF) KE MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

7 SEPTEMBER, Aplikasi Zoom – Pada hari Selasa baru-baru ini, telah berlangsungnya Kunjungan Hormat di antara Hidayah Centre Foundation (HCF) & Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis ini telah dihadiri oleh Pengerusi Hidayah Centre Foundation & Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga wakil kakitangan kedua belah pihak.

Tuan Ir. Dr. Haji Muhamad Fuad bin Abdullah, Pengerusi HCF dalam ucapannya mengalu-alukan jalinan kerjasama dalam memastikan usaha-usaha menyampaikan Islam dan santunan mualaf dapat terus dilaksanakan dengan bantuan dana yang mampan.

Yang Berbahagia Datuk Dr Mohd Daud Bin Bakar, Pengerusi MAIWP turut berbesar hati menjalinkan kerjasama dalam usaha memartabatkan ekonomi umat Islam sekaligus membantu usaha menyampaikan Islam dan santunan mualaf yang dijalankan HCF.

InsyaAllah, segala kerjasama yang diberikan akan diusahakan sebaiknya seiring dengan usaha dakwah yang dijalankan oleh HCF di seluruh Malaysia.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top