Kelas bimbingan mualaf kali ini merupakan kelas pertama gabungan antara para mualaf santunan HCF Wilayah Selatan (Melaka dan Johor). Kelas disampaikan oleh Dr Jaysuman Pusppanathan dengan topik “Dakwah; Apa Peranan Mualaf terhadap Keluarga dan Rakan”.
Di samping merapatkan hubungan antara mualaf, objektif khusus kelas kali ini adalah menimbulkan kesedaran menyampaikan Islam di kalangan mualaf terutama terhadap ahli keluarga dan rakan yang bukan Islam.
Lebih kurang 80 orang yang hadir dalam sesi kelas yang dijalankan.