Kuala Lumpur – Pada hari Sabtu, 23 Mac 2019 baru-baru ini Hidayah Centre Foundation bersama-sama seluruh rakyat Malaysia pelbagai agama dan bangsa turut menyertai perhimpunan Solidariti Kedamaian yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
.
Seawal jam 7.00 pagi lagi para peserta perhimpunan Solidariti Kedamaian telah mula berkumpul memenuhi perkarangan pusat membeli-belah SOGO. Pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari remaja, belia dan warga emas dari pelbagai latar bangsa dan agama bersama berkumpul untuk menyatakan sokongan terhadap perhimpunan ini.
Kesemua peserta perhimpunan mula bergerak dalam perarakan menuju ke Dataran Merdeka bermula jam 7.45 pagi. Turut menyertai perarakan tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri dan wakil-wakil ketua pelbagai agama.
Memetik kata-kata dari Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri ketika berucap semasa perhimpunan Solidariti Kedamaian ini antaranya “kita inginkan kedamaian. Apabila seseorang itu cenderung kepada kedamaian, maka kita perlu hulurkannya. Kedamaian adalah punca kepada kehidupan. Kedamaian dapat kita terjemahkan apabila adanya kesatuan hati, “
Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikanNya satu umat sahaja!
Perhimpunan Solidariti Keamanan ini telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran masyarakat yang bersatu hati menentang keganasan. Perhimpunan Solidariti Kedamaian ini telah diadakan bagi menunjukkan keperihatinan, simpati dan solidariti kepada mangsa-mangsa keganasan yang berlaku di Christchurch, New Zealand baru-baru ini.
“……Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikanNya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Hanya kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka diberitahukan kamu apa yang kamu perselisihkan itu” [Al-Ma’idah:48]
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
#HidayahCentreFoundation