1.Majlis Sambutan Aidilfitri Harmoni ini telah dianjurkan sejak tahun 2017 lagi. Pada tahun 2018 ini,ia merupakan penganjuran kali ke 2 Majlis Sambutan Aidilfitri Harmoni. Program ini dianjurkan dengan kerjasama gabungan lebih 10 NGO di Malaysia ini.
2.Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk yang pelbagai agama dan kaum di Malaysia
3.Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti jamuan makan, persembahan pelbagai etnik, booth pameran dan aktiviti jelajah masjid.
4.Restoran Mohd Chan telah bermurah hati dengan menaja jamuan utama bagi 2 tahun berturut-turut penganjuran majlis ini.
5.Penganjur majlis ini mensasarkan seramai 5000 orang tetamu akan hadir terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat berbilang bangsa, agama dan latar belakang
Ayuh! Kita beramai-ramai hadir memeriahkan lagi majlis yang bakal diadakan pada hari Ahad, 1 Julai 2018 ini. Jumpa anda disana.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#AidilfitriHarmoni2018