fbpx

Kursus Penyembelihan – Keningau

  • TARIKH : 28 OKTOBER 2017 (SABTU)
  • MASA : 1.00 PAGI – 5.00 PTG
  • TEMPAT : KG SINUA SOOK.
  • ANJURAN: HIDAYAH CENTRE FOUNDATION CAWANGAN KENINGAU.

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah program kursus penyembelihan dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Untuk makluman, program sembelihan ini adalah Anjuran Hidayah Centre Cawangan Keningau dengan kerjasama Pertubuhan USIA Cawangan Keningau. Buat julung kalinya, kursus penyembelihan dilaksanakan kepada penduduk Kg Sinua, mereka begitu teruja sekali kerana mendapat pendedahan berkaitan cara melaksanakan dan menyembelih ayam dengan betul mengikut hukum Islam.

Antara objektif penganjuran kursus ini ialah seperti berikut

  1. Memberi pendedahan kepada saudara baru perkara-perkara yang berkaitan dengan sembelihan
  2. Mempraktikkan cara-cara sembelihan yang betul dan sah menurut syariat Islam
  3. Mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dan halal di sisi syarak.

Akhir sekali, kami dari Hidayah Centre Cawangan Keningau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak dan penduduk kampung yang bersama-sama menjayakan program sembelihan ini dengan baik sekali. Terima kasih semua. Ponsikou Kio.

” Ayuh bantu kami membantu saudara baru.

 

Hulurkan bantuan dan sumbangan anda kepada Hidayah Centre Foundation Sabah :

  • Bank Islam : 1211 3010 0494 33
  • Maybank : 5622 0962 4421

Emelkan resit ke hcf.sabah@gmail.com

“Sampaikan Islam Santuni Mualaf”

 

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1779077658820574.1073742119.326759374052417&type=3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top