fbpx

Ziarah dan Susulan sekitar Kota Kinabalu

UNIT HIDAYAH CARE Hidayah Centre Kota Kinabalu ( HCKK ) merupakan satu unit yang bertanggungjawab dalam kebajikan dan menyantuni Saudara Baharu serta keluarga mereka. Antara aktiviti yang dilakukan oleh Unit Hidayah Care Hidayah Centre Kota Kinabalu adalah ziarah Saudara baharu ke kampung atau rumah-rumah mereka. Objektif ziarah ini adalah bertujuan untuk membina dan mengeratkan hubungan dengan saudara baharu sendiri.

Sepanjang pengalaman HCKK dalam menyantuni Saudara baharu, ramai di kalangan mereka berasa terharu dan gembira apabila diziarah. Disamping itu, HCKK juga turut memberikan sedikit motivasi kepada saudara baharu agar sentiasa cekal dalam mempelajari agama Islam. Dalam ziarah ini juga HCKK turut menyalurkan sedikit bantuan asas (Muallaf Aid) kepada keluarga saudara baharu bagi meringankan beban mereka, yang mana sumbangan ini diperolehi daripada penyumbang-penyumbang yang budiman. 


Hidayah Centre juga mengalu-alukan kepada semua masyarakat yang ingin berkongsi pahala dalam membantu saudara baharu. Hulurkan bantuan dan sumbangan anda kepada The Trustees Of Hidayah Centre Foundation

  • Bank Islam : 1211 3010 0494 33
  • Maybank : 5622 0962 4421
  • Bank Rakyat : 1104 6100 0356

Emelkan resit : hcf.danasabah@gmail.com atau Whatssap : 011-1881 2126

” Sampaikan Islam, Santuni Muallaf “

 

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1838375922890747.1073742144.326759374052417&type=3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top