Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya,pada 04 hingga 05 april program Kembara Dakwah Borneo dapat dilaksanakan dengan jayanya di Kampung Nolotan Kota Marudu Sabah. Program ini dianjurkan oleh Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia kampus Johor Bahru dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah dan AJK Surau Kampung Nolotan Kota Marudu Sabah.
Antara pengisian aktiviti sepanjang berlakunya program ini di Kampung Nolotan iaitu pada hari pertama (04 April 2018 ) pembahagian keluarga angkat dengan penduduk Muslim Kg Nolotan, pada hari kedua ( 05 April 2018 ) antara aktivitinya ialah Solat Subuh Berjemaah, tazkirah subuh yang di sampaikan oleh Dr Aminuddin Bin Ruskam ( Pengarah Pusat Islam UTM kampus Johor Bahru ). Jam 9 pagi, peserta-peserta rombongan UTM melakukan aktiviti ziarah Saudara Baru seramai 20 orang dan ziarah Non Muslim seramai 10 orang. Jam 2 petang berlansungnya aktiviti iaitu Kursus Oh My Solat untuk anak-anak Saudara Baru dan Kursus Sembelihan untuk Saudara Baru kg Nolotan,dalam kursus sembelihan ini, Pihak UTM telah menyediakan 40 ekor ayam dan 1 ekor kambing untuk praktikal menyembelih haiwan kepada Saudara Baru Kg Nolotan, dan selepas itu aktiviti gotong royong memasak bersama penduduk Muslim Kg Nolotan. Sebelah malamnya, antara aktivitinya ialah solat maghrib, selepas itu bacaan surah Yasin dan doa selamat, selepas itu, solat isyak berjemaah dan selepas solat isyak majlis penutupan program. Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kami dari Pihak Hidayah Centre Foundation Cawangan Kota Marudu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak UTM kampus Johor Bahru, AJK Surau Kg Nolotan kerana sama-sama menjayakan program ini dengan jayanya. Semoga program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang untuk menyemarakan lagi dakwah dibumi Sabah ini.
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1853807884680884.1073742147.326759374052417&type=3