fbpx

Majlis Jamuan Muhibbah disertai Masyarakat Pelbagai Bangsa.

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya Majlis Jamuan Muhibbah sempena Sambutan Tahun Baru Cina bertemakan Menuju ke Arah Komuniti Harmoni yang diadakan di Magica Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur. Lebih 300 orang tetamu dari pelbagai agama & bangsa dapat turut bersama-sama memeriahkan majlis yang diadakan ini.
.
Majlis ini telah disempurnakan perasmiaannya oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail . Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyeru persatuan-persatuan yang berteraskan kaum atau agama untuk lebih berperanan dalam membentuk sikap toleransi kaum dan agama dalam kalangan ahli masing-masing serta menjalin hubungan yang akrab dengan persatuan-persatuan lain yang mewakili kaum atau agama. Termasuklah membimbing ahli masing-masing berdasarkan prinsip-prinsip sivik dan perpaduan serta Rukun Negara sehingga masing-masing dapat merasakan bahawa kita adalah seolah-olah adik beradik walaupun berlainan ibu dan bapa, berlainan kaum mahupun agama.


Turut hadir sama di majlis tersebut adalah YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan kenamaan yang lain. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan lagi program ini antaranya persembahan kebudayaan seperti orkestra Cina, tarian singa, pameran fesyen kanak-kanak dan pertunjukan topeng Sichuan.
.
Hidayah Centre Foundation telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) juga beberapa insitusi lain dalam penganjuran program ini bagi memupuk keharmonian juga konsep keindahan bermasyarakat yang hidup berbilang bangsa dan agama terutamanya di Malaysia ini.


Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top