KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang sukarelawan Rakan Hidayah telah menyertai Kursus Pemantapan Kendiri Sukarelawan Dakwah Islamiah 2019. Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad 16-17 November 2019. Program ini telah dihadiri seramai 150 sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Program ini telah sempurna dirasmikan oleh Pn Siti Razmah binti Idris Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Para peserta telah dilatih agar dapat menyampaikan dakwah dengan cara yang harmoni dan rahmah.
Syabas dan tahniah diucapkan buat semua sukarelawan Rakan Hidayah yang berpeluang menyertai program ini. Semoga ilmu dakwah yang diperolehi ini dapat dimanafaatkan dalam menegakkan syiar Islam di seluruh dunia. Pada hari kedua, para peserta telah menjalani praktikal dakwah jalanan di sekitar Masjid Jamek yang sering menjadi tumpuan pelancong di ibu kota Kuala Lumpur.
Allah telah berfirman dalam Surat Muhammad ayat 7 :
یَأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
#HidayahCentreFoundation